Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab
digital) :
وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال
عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن
رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه
فيه أثر ثم رجع عن ذلك وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور
اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني
عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في
اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى
بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت
أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن
معين فحدثنى بهذا الحديث قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى
على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة
الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد
يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن
قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال
كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن
أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت
ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال
لا بأس بها وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت
اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت
الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر
فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا
فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش
ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ
سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه
السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها
جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها
في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن
فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من
روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya
bagi Mayyit (Muslim)
Tarjamahannnya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka
mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya.
Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah
menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat
ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat
ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian
menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat
itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku
Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin
Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan
kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian
sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian
ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan
pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar
ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku
pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu
tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku
bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku
bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq,
berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang
yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad
bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah.
Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang
buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam
Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah
bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin
Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah !
Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia
seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari
seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin
Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah
memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj,
daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti,
hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah,
dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah
bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin
Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku )
itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah
menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu
diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah
Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah
mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya
aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah
mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat
Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku
seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara
perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu
Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku
mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu
Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada
hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar
seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah
Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau
memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini,
maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita.
Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu
Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia,
lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku
bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah
itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan
dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah
mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan
karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz
Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17
– 19)
http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/23/sampainya-hadiah-bacaan-al-qur%E2%80%99an-untuk-mayyit-orang-mati/
Sampainya
Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)
Sampainya Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)
A. Dalil-dalil Hadiah Pahala Bacaan
1. Hadits tentang wasiat ibnu umar tersebut dalam syarah aqidah
Thahawiyah Hal :458 :
“ Dari ibnu umar Ra. : “Bahwasanya Beliau berwasiat agar
diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awa-awal surat
albaqarah dan akhirnya. Dan dari sebagian muhajirin dinukil juga adanya
pembacaan surat albaqarah”
Hadits ini menjadi pegangan Imam Ahmad, padaha imam Ahmad ini
sebelumnya termasuk orang yang mengingkari sampainya pahala dari orang
hidup kepada orang yang sudah mati, namun setelah mendengar dari
orang-orang kepercayaan tentang wasiat ibnu umar tersebut, beliau
mencabut pengingkarannya itu. (mukhtasar tadzkirah qurtubi halaman 25).
Oleh karena itulah, maka ada riwayat dari imam Ahmad bin Hnbal bahwa
beliau berkata : “ Sampai kepada mayyit (pahala) tiap-tiap kebajikan
karena ada nash-nash yang dating padanya dan juga karena kaum muslimin
(zaman tabi’in dan tabiuttabi’in) pada berkumpul disetiap negeri, mereka
membaca al-qur’an dan menghadiahkan (pahalanya) kepada mereka yang
sudah meninggal, maka jadialah ia ijma . (Yasaluunaka fid din wal hayat
oleh syaikh DR Ahmad syarbasy Jilid III/423).
2. Hadits dalam sunan Baihaqi danan isnad Hasan
“ Bahwasanya Ibnu umar menyukai agar dibaca keatas
pekuburan sesudah pemakaman awal surat albaqarah dan akhirnya”
Hadits ini agak semakna dengan hadits pertama, hanya yang pertama itu
adalah wasiat seadangkan ini adalah pernyataan bahwa beliau menyukai
hal tersebut.
3. Hadits Riwayat darulqutni
“Barangsiapa masuk kepekuburan lalu membaca qulhuwallahu
ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada
orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia akan diberi
pahala sebanyak orang yang mati disitu”.
4. Hadits marfu’ Riwayat Hafidz as-salafi
“ Barangsiapa melewati pekuburan lalu membaca
qulhuwallahu ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan
pahalanya kepada orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia
akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu”.
(Mukhtasar Al-qurtubi hal. 26).
5. Hadits Riwayat Thabrani dan Baihaqi
“Dari Ibnu Umar ra. Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika
mati salah seorang dari kamu, maka janganlah menahannya dan segeralah
membawanya ke kubur dan bacakanlah Fatihatul kitab disamping kepalanya”.
6. Hadits riwayat Abu dawud, Nasa’I, Ahmad dan ibnu Hibban:
“Dari ma’qil bin yasar dari Nabi SAW., Beliau bersabda:
“Bacakanlah surat yaasin untuk orang yang telah mati diantara kamu”.
B. Fatwa Ulama Tentang Sampainya Hadiah
Pahala Bacaan kepada Mayyit
1. Berkata Muhammad bin ahmad al-marwazi :
“Saya mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Jika kamu masuk ke
pekuburan, maka bacalah Fatihatul kitab, al-ikhlas, al falaq dan an-nas
dan jadikanlah pahalanya untuk para penghuni kubur, maka sesungguhnya
pahala itu sampai kepada mereka. Tapi yang lebih baik adalah agar
sipembaca itu berdoa sesudah selesai dengan: “Ya Allah, sampaikanlah
pahala ayat yang telah aku baca ini kepada si fulan…” (Hujjatu Ahlis
sunnah waljamaah hal. 15)
2. Berkata Syaikh aIi bin Muhammad Bin abil
lz :
“Adapun Membaca Al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang
yang mati secara sukarela dan tanpa upah, maka pahalanya akan sampai
kepadanya sebagaimana sampainya pahala puasa dan haji”. (Syarah aqidah
Thahawiyah hal. 457).
3. Berkata Ibnu taymiyah :
“sesungguhnya mayyit itu dapat beroleh manfaat dengan ibadah-ibadah
kebendaan seperti sedekah dan seumpamanya”. (yas alunka fiddin wal hayat
jilid I/442).
Di atas adalah kitab ibnu taimiah berjudul majmuk fatawa jilid 24
pada mukasurat 324. Ibnu taimiah ditanya mengenai seseorang yang
bertahlil, bertasbih,bertahmid,bertakbir dan menyampaikan pahala
tersebut kepada simayat muslim lantas ibnu taimiah menjawab amalan
tersebut sampai kepada si mayat dan juga tasbih,takbir dan lain-lain
zikir sekiranya disampaikan pahalanya kepada si mayat maka ianya sampai
dan bagus serta baik.
Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.
Di atas pula adalah kitab ibnu tamiah berjudul majmuk fatawa juzuk 24
pada mukasurat 324.ibnu taimiah di tanya mengenai seorang yang
bertahlil 70000 kali dan menghadiahkan kepada si mayat muslim lantas
ibnu taimiah mengatakan amalan itu adalah amat memberi manafaat dan amat
baik serta mulia.
4. Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah:
“sesuatu yang paling utama dihadiahkan kepada mayyit adalah sedekah,
istighfar, berdoa untuknya dan berhaji atas nama dia. Adapun membaca
al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayyit secara sukarela dan
tanpa imbalan, maka akan sampai kepadanya sebagaimana pahala puasa dan
haji juga sampai kepadanya (yasaaluunaka fiddin wal hayat jilid I/442)
Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah dalam kitabnya Ar-ruh : “Al Khallal
dalam kitabnya Al-Jami’ sewaktu membahas bacaan al-qur’an disamping
kubur” berkata : Menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad ad-dauri,
menceritakan kepada kami yahya bin mu’in, menceritakan kepada kami
Mubassyar al-halabi, menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ala’ bin
al-lajlaj dari bapaku : “ Jika aku telah mati, maka letakanlah aku di
liang lahad dan ucapkanlah bismillah dan baca permulaan surat al-baqarah
disamping kepalaku karena seungguhnya aku mendengar Abdullah bin Umar
berkata demikian.
Ibnu qayyim dalam kitab ini pada halaman yang sama : “Mengabarkan
kepadaku Hasan bin Ahmad bin al-warraq, menceritakan kepadaku Ali-Musa
Al-Haddad dan dia adalah seorang yang sangat jujur, dia berkata :
“Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal, dan Muhammad bin Qudamah
al-juhairi menghadiri jenazah, maka tatkala mayyit dimakamkan, seorang
lelaki kurus duduk disamping kubur (sambil membaca al-qur’an). Melihat
ini berkatalah imam Ahmad kepadanya: “Hai sesungguhnya membaca al-qur’an
disamping kubur adalah bid’ah!”. Maka tatkala kami keluar dari kubur
berkatalah imam Muhammad bin qudamah kepada imam ahmad bin Hanbal :
“Wahai abu abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-halabi?.
Imam Ahmad menjawab : “Beliau adalah orang yang tsiqah (terpercaya),
apakah engkau meriwayatkan sesuatu darinya?. Muhammad bin qodamah
berkata : Ya, mengabarkan kepadaku Mubasyar dari Abdurahman bin a’la bin
al-laj-laj dari bapaknya bahwa dia berwasiat apabila telah dikuburkan
agar dibacakan disamping kepalanya permulaan surat al-baqarah dan
akhirnya dan dia berkata : “aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat yang
demikian itu”. Mendengar riwayat tersebut Imam ahmad berkata :
“Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar bacaannya diteruskan
(Kitab ar-ruh, ibnul qayyim al jauziyah).
5. Berkata Sayaikh Hasanain Muhammad
makhluf, Mantan Mufti negeri mesir : “ Tokoh-tokoh madzab
hanafi berpendapat bahwa tiap-tiap orang yang melakukan ibadah baik
sedekah atau membaca al-qur’an atau selain demikian daripada macam-macam
kebaikan, boleh baginya menghadiahkan pahalanya kepada orang lain dan
pahalanya itu akan sampai kepadanya.
6. Imam sya’bi ; “Orang-orang
anshar jika ada diantara mereka yang meninggal, maka mereka
berbondong-bondong ke kuburnya sambil membaca al-qur’an disampingnaya”. (ucapan
imam sya’bi ini juga dikutip oleh ibnu qayyim al jauziyah dalam kitab
ar-ruh hal. 13).
7. Berkata Syaikh ali ma’sum :
“Dalam madzab maliki tidak ada khilaf dalam hal sampainya pahala sedekah
kepada mayyit. Menurut dasar madzab, hukumnya makruh. Namun ulama-ulama
mutakhirin berpendapat boleh dan dialah yang diamalkan. Dengan
demikian, maka pahala bacaan tersebut sampai kepada mayyit dan ibnu
farhun menukil bahwa pendapat inilah yang kuat”. (hujjatu ahlisunnah wal
jamaah halaman 13).
8. Berkata Allamah Muhammad al-arobi:
Sesungguhnya membaca al-qur’an untuk orang-orang yang sudah meninggak
hukumnya boleh (Malaysia : Harus) dan sampainya pahalanya kepada mereka
menurut jumhur fuqaha islam Ahlusunnah wal-jamaah walaupun dengan adanya
imbalan berdasarkan pendapat yang tahqiq . (kitab majmu’ tsalatsi
rosail).
9. Berkata imam qurtubi : “telah
ijma’ ulama atas sampainya pahala sedekah untuk orang yang sudah mati,
maka seperti itu pula pendapat ulama dalam hal bacaan al-qur’an, doa dan
istighfar karena masing-masingnya termasuk sedekah dan dikuatkan hal
ini oleh hadits : “Kullu ma’rufin shadaqah / (setiapkebaikan adalah
sedekah)”. (Tadzkirah al-qurtubi halaman 26).
Begitu banyaknya Imam-imam dan ulama ahlusunnah yang menyatakan
sampainya pahala bacaan alqur’an yang dihadiahkan untuk mayyit (muslim),
maka tidak lah kami bisa menuliskan semuanya dalam risalah ini karena
khawatir akan terlalu panjang.
C. Dalam Madzab Imam syafei
Untuk menjelaskan hal ini marilah kita lihat penuturan imam Nawawi
dalam Al-adzkar halaman 140 : “Dalam hal sampainya bacaan al-qur’an para
ulama berbeda pendapat. Pendapat yang masyhur dari madzab Syafei dan
sekelompok ulama adalah tidak sampai. Namun menurut Imam ahmad bin
Hanbal dan juga Ashab Syafei berpendapat bahwa pahalanya sampai. Maka
lebih baik adalah si pembaca menghaturkan doa : “Ya Allah sampaikanlah
bacaan yat ini untuk si fulan…….”
Tersebut dalam al-majmu jilid 15/522 : “Berkata Ibnu Nahwi dalam
syarah Minhaj: “Dalam Madzab syafei menurut qaul yang masyhur, pahala
bacaan tidak sampai. Tapi menurut qaul yang Mukhtar, adalah sampai
apabila dimohonkan kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan terbut.
Dan seyogyanya memantapkan pendapat ini karena dia adalah doa. Maka jika
boleh berdoa untuk mayyit dengan sesuatu yang tidak dimiliki oleh si
pendoa, maka kebolehan berdoa denagn sesuatu yang dimiliki oleh si
pendoa adalah lebih utama”.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa dalam madzab syafei terdapat
dua qaul dalam hal pahala bacaan :
1. Qaul yang masyhur yakni pahala bacaan tidak sampai
2. Qaul yang mukhtar yakni pahala bacaan sampai.
Dalam menanggapai qaul masyhur tersebut pengarang kitab Fathul wahhab
yakni Syaikh Zakaria Al-anshari mengatakan dalam kitabnya Jilid II/19 :
“Apa yang dikatakan sebagai qaul yang masyhur dalam madzab
syafii itu dibawa atas pengertian : “Jika alqur’an itu tidak dibaca
dihadapan mayyit dan tidak pula meniatkan pahala bacaan untuknya”.
Dan mengenai syarat-syarat sampainya pahala bacaan itu Syaikh
Sulaiman al-jamal mengatakan dalam kitabnya Hasiyatul Jamal Jilid IV/67 :
“Berkata syaikh Muhammad Ramli : Sampai pahala bacaan
jika terdapat salah satu dari tiga perkara yaitu : 1. Pembacaan
dilakukan disamping kuburnya, 2. Berdoa untuk mayyit sesudah bacaan
Al-qur’an yakni memohonkan agar pahalanya disampaikan kepadanya, 3.
Meniatkan samapainya pahala bacaan itu kepadanya”.
Hal senada juga diungkapkan oleh Syaikh ahmad bin qasim al-ubadi
dalam hasyiah Tuhfatul Muhtaj Jilid VII/74 :
“Kesimpulan Bahwa jika seseorang meniatkan pahala bacaan
kepada mayyit atau dia mendoakan sampainya pahala bacaan itu kepada
mayyit sesudah membaca Al-qur’an atau dia membaca disamping kuburnya,
maka hasilah bagi mayyit itu seumpama pahala bacaannya dan hasil pula
pahala bagi orang yang membacanya”.
Namun Demikian akan menjadi lebih baik dan lebih terjamin jika ;
1. Pembacaan yang dilakukan dihadapan mayyit diiringi pula dengan
meniatkan pahala bacaan itu kepadanya.
2. Pembacaan yang dilakukan bukan dihadapan mayyit agar disamping
meniatkan untuk simayyit juga disertai dengan doa penyampaian pahala
sesudah selesai membaca.
Langkah seperti ini dijadikan syarat oleh sebagian ulama seperti
dalam kitab tuhfah dan syarah Minhaj (lihat kitab I’anatut Tahlibin
Jilid III/24).
D. Dalil-dalil orang yang membantah adanya
hadiah pahala dan jawabannya
1. Hadis riwayat muslim :
“Jika manusia, maka putuslah amalnya kecuali tiga :
sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang selalu
mendoakan orang tuanya”
Jawab : Tersebut dalam syarah Thahawiyah hal. 456 bahwa sangat keliru
berdalil dengan hadist tersebut untuk menolak sampainya pahala kepada
orang yang sudah mati karena dalam hadits tersebut tidak dikatakan : “inqata’a
intifa’uhu (terputus keadaannya untuk memperoleh manfaat).
Hadits itu hanya mengatakan “inqatha’a ‘amaluhu (terputus
amalnya)”. Adapun amal orang lain, maka itu adalah milik
(haq) dari amil yakni orang yang mengamalkan itu kepadanya maka akan
sampailah pahala orang yang mengamalkan itu kepadanya. Jadi sampai itu
pahala amal si mayyit itu. Hal ini sama dengan orang yang berhutang lalu
dibayarkan oleh orang lain, maka bebaslah dia dari tanggungan hutang.
Akan tetapi bukanlah yang dipakai membayar utang itu miliknya. Jadi
terbayarlah hutang itu bukan oleh dia telah memperoleh manfaat (intifa’)
dari orang lain.
2. Firman Allah surat an-najm ayat 39 :
“ Atau belum dikabarkan kepadanya apa yang ada dalam kitab nabi musa dan nabi
Ibrahim yang telah memenuhi kewajibannya bahwa seseorang
tidak akan memikul dosa orang lain dan bahwasanya tiada yang didapat
oleh manusia selain dari yang diusahakannya”.
Jawab : Banyak sekali jawaban para ulama terhadap digunakannya ayat
tersebut sebagai dalil untuk menolak adanya hadiah pahala. Diantara
jawaban-jawaban itu adalah :
a. Dalam syarah thahawiyah hal. 1455 diterangkan dua jawaban untuk
ayat tersebut :
1. Manusia dengan usaha dan pergaulannya yang santun memperoleh
banyak kawan dan sahabat, melahirkan banyak anak, menikahi beberapa
isteri melakukan hal-hal yang baik untuk masyarakat dan menyebabkan
orang-orang cinta dan suka padanya. Maka banyaklah orang-orang itu yang
menyayanginya. Merekapun berdoa untuknya dan mengahadiahkan pula pahala
dari ketaatan-ketaatan yang sudah dilakukannya, maka itu adalah bekas
dari usahanya sendiri. Bahkan masuknya seorang muslim bersama golongan
kaum muslimin yang lain didalam ikatan islam adalah merupakan sebab
paling besar dalam hal sampainya kemanfaatan dari masing-masing kaum
muslimin kepada yang lainnya baik didalam kehidupan ini maupun sesudah
mati nanti dan doa kaum muslimin yang lain. Dalam satu penjelasan
disebutkan bahwa Allah SWT menjadikan iman sebagai sebab untuk
memperoleh kemanfaatan dengan doa serta usaha dari kaum mukminin yang
lain. Maka jika seseorang sudah berada dalam iman, maka dia sudah
berusaha mencari sebab yang akan menyampaikannya kepada yang demikian
itu. (Dengan demikian pahala ketaatan yang dihadiahkan kepadanya dan
kaum mukminin sebenarnya bagian dari usahanya sendiri).
2. Ayat al-qur’an itu tidak menafikan adanya kemanfaatan untuk
seseorang dengan sebab usaha orang lain. Ayat al-qur’an itu hanya
menafikan “kepemilikan seseorang terhadap usaha orang lain”. Allah SWT
hanya mengabarkan bahwa “laa yamliku illa sa’yah (orang itu tidak akan
memiliki kecuali apa yang diusahakan sendiri). Adapun usaha orang lain,
maka itu adalah milik bagi siapa yang mengusahakannya. Jika dia mau,
maka dia boleh memberikannya kepada orang lain dan pula jika ia mau, dia
boleh menetapkannya untuk dirinya sendiri. (jadi huruf “lam” pada
lafadz “lil insane” itu adalah “lil istihqaq” yakni menunjukan arti
“milik”).
Demikianlah dua jawaban yang dipilih pengarang kitab syarah
thahawiyah.
b. Berkata pengarang tafsir Khazin :
“Yang demikian itu adalah untuk kaum Ibrahin dan musa.
Adapun ummat islam (umat Nabi Muhammad SAW), maka mereka bias mendapat
pahala dari usahanya dan juga dari usaha orang lain”.
Jadi ayat itu menerangkan hokum yang terjadi pada syariat Nabi Musa
dan Nabi Ibrahim, bukan hukum dalam syariat nabi Muhammad SAW. Hal ini
dikarenakan pangkal ayat tersebut berbunyi :
“ Atau belum dikabarkan kepadanya apa yang ada dalam kitab nabi musa dan nabi
Ibrahim yang telah memenuhi kewajibannya bahwa seseorang
tidak akan memikul dosa orang lain dan bahwasanya tiada yang didapat
oleh manusia selain dari yang diusahakannya”.
c. Sahabat Nabi, Ahli tafsir yang utama Ibnu Abbas Ra. Berkata dalam
menafsirkan ayat tersebut :
“ ayat tersebut telah dinasakh (dibatalkan) hukumnya
dalam syariat kita dengan firman Allah SWT : “Kami hubungkan dengan
mereka anak-anak mereka”, maka dimasukanlah anak ke dalam sorga berkat
kebaikan yang dibuat oleh bapaknya’ (tafsir khazin juz IV/223).
Firman Allah yang dikatakan oleh Ibnu Abbas Ra sebagai penasakh surat
an-najm ayat 39 itu adalah surat at-thur ayat 21 yang lengkapnya
sebagai berikut :
“Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka
mengikuti mereka dengan iman, maka kami hubungkan anak cucu mereka itu
dengan mereka dan tidaklah mengurangi sedikitpun dari amal mereka.
Tiap-tiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya”.
Jadi menurut Ibnu abbas, surat an-najm ayat 39 itu sudah terhapus
hukumnya, berarti sudah tidak bias dimajukan sebagai dalil.
d. Tersebut dalam Nailul Authar juz IV ayat
102 bahwa kata-kata : “Tidak ada seseorang itu…..”
Maksudnya “tidak ada dari segi keadilan (min thariqil adli), adapun dari
segi karunia (min thariqil fadhli), maka ada bagi seseorang itu apa
yang tidak dia usahakan.
Demikianlah penafsiran dari surat An-jam ayat 39. Banyaknya
penafsiran ini adalah demi untuk tidak terjebak kepada pengamalan
denganzhahir ayat semata-mata karena kalau itu dilakukan, maka akan
banyak sekali dalil-dalil baik dari al-qur’an maupun hadits-hadits
shahih yang ditentang oleh ayat tersebut sehingga menjadi gugur dan
tidak bias dipakai sebagai dalil.
3. Dalil mereka dengan Surat al-baqarah ayat 286 :
“Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan
kesanggupannya. Baginya apa yang dia usahakan (daripada kebaikan) dan
akan menimpanya apa yang dia usahakan (daripada kejahatan)”.
Jawab : Kata-kata “laha maa kasabat” menurut ilmu balaghah
tidak mengandung unsur hasr (pembatasan). Oleh karena itu artinya cukup
dengan : “Seseorang mendapatkan apa yang ia usahakan”. Kalaulah
artinya demikian ini, maka kandungannya tidaklah menafikan bahwa dia
akan mendapatkan dari usaha orang lain. Hal ini sama dengan ucapan : “Seseorang
akan memperoleh harta dari usahanya”. Ucapan ini tentu tidak
menafikan bahwa seseorang akan memperoleh harta dari pusaka orang
tuanya, pemberian orang kepadanya atau hadiah dari sanak familinya dan
para sahabatnya. Lain halnya kalau susunan ayat tersebut mengandung hasr
(pembatasan) seperti umpamanya :
“laisa laha illa maa kasabat”
“Tidak ada baginya kecuali apa yang dia usahakan atau seseorang hanya
mendapat apa yang ia usahakan”.
4. Dalil mereka dengan surat yasin ayat 54 :
“ Tidaklah mereka diberi balasan kecuali terhadap apa
yang mereka kerjakan”.
Jawab : Ayat ini tidak menafikan hadiah pahala terhadap orang lain
karena pangkal ayat tersebut adalah :
“Pada hari dimana seseorang tidak akan didhalimi sedikitpun dan
seseorang tidak akan diberi balasan kecuali terhadap apa yang mereka
kerjakan”
Jadi dengan memperhatikan konteks ayat tersebut dapatlah dipahami
bahwa yang dinafikan itu adalah disiksanya seseorang sebab kejahatan
orang lain, bukan diberikannya pahala terhadap seseorang dengan sebab
amal kebaikan orang lain (Lihat syarah thahawiyah hal. 456).
(ringkasan dari Buku argumentasi Ulama syafi’iyah terhadap
tuduhan bid’ah,Al ustadz haji Mujiburahman, halaman 142-159,
mutiara ilmu)
Semoga menjadi asbab hidayah bagi Ummat
Admin
sumber : http://salafytobat.wordpress.com/2009/10/23/ibnul-qayyim-scan-kitab-ar-ruh-sampainya-hadiah-bacaan-alqur%E2%80%99an-dan-bolehnya-membaca-al-qur%E2%80%99an-diatas-kuburan/
Sloty Casino Hotel - MapYRO
BalasHapusSloty Casino Hotel, Las Vegas, NV. 87219 reviews. 4.3/5 (1,520). Las Vegas. 87219 경산 출장샵 reviews. Hotel. 순천 출장샵 2,716 이천 출장샵 reviews. 5.3/5 (11,600). 4.3/5 (10,800). 문경 출장마사지 4.3/5 하남 출장마사지 (9,600). 3/5 (8,900).