Selasa, 16 Oktober 2012

MBAHAS TALQIN


Abdul Qodir Al-Busthomi : http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/274696_100002732232054_1645446324_q.jpg
Wahabi berbicara tanpa ilmu, TalQin sunnah jgn dengarkan yg gerusa gerusu dan semua anti TalQin
_____________________________________________________________

TALQIN MAYIT.
Al-Syaukani mengatakan bahwa: didalam isnadznya terdapat 'Asim Bin Abdullah, dia dha'if.
(Al-Syaukani. Naili al-Autar. (4/139)
Beirut: Dar al-Jil, 1973 M.)

Al-Albani memberikan komen, katanya: "ia (hadist) munkar di sisiku, kalaupun tidak palsu.
(Al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah (2/64).
Beirut: al-Maktab al-Islami, ctk. 1990M.)



Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula: "maka ia adalah sebuah hadist yang tidak shahih marfu'nya.
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Zad al-Ma'ad fi Hadyi Khayri al-'Ibad (1/523).
Beirut: Muassasah al-Risalah, ctk 28, 1995M)

Al-San'ani turut menukilkan perkataan Ibn al-Qayyim dalam memberikan komentar terhadap hadith ini dengan katanya: "Sesungguhnya hadist talqin ini, tidak salah lagi, bagi seorang yang mengetahui (ilmu) hadits, tentang kepalsuannya.
(Subul al-Salam (2/180).

inilah hadist yang menjadi permasalahan tersebut, serta tanggapan para Imam lainnya terkait hadist tersebut..... :

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, dia berkata:

إذا متّ فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله فقال: "إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعدا، ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول: أرشدنا يرحمك الله، ولكن لا تشعرون. فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ واحد منهم بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما نقعد عند من قد لقن حجته، فيكون الله حجيجه دونهما"، فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يعرف أمه؟ قال: "فينسبه إلى حواء، يا فلان بن حواء!"

“Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka kuburlah dan berdirilah seorang dikalangan kamu semua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia yaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan rasul-Nya dan engkau telah meredhoi dengan Allah sebagai Tuhanmu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan Al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata Ayo bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah!bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia yaitu Hawwa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.
(hadist riwayat Imam Al-Hafidz Tabharani Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir)
(Talkhishulkhabiir hal 242-243),
(Al Majmu' Linnawawiy hal 243),
(Al-haitsamiy pada Majmu' zawaid no.4248)

1. Hadits ini terangkat menjadi حسن لغيره hasan lighairihi lantaran ada hadits-hadits lain yang menguatkannya. diantaranya adalah ...:

berkata Imam Nawawi : diriwayatkan oleh Al-baihaqiy dgn sanadz hasan bahwa Ibn Umar ra menyukai pembacaan awal dan akhir surat Albaqarah dikubur setelah penguburan, mengenai Talqin mayyit setelah penguburan telah dikatakan Jamaah yg banyak dari kita (Madzhab Syafii) bahwa hal itu dicintai dan baik dilakukan.
(Al-Adzkar hal 123).

berkatalah Umar bin Khattab ra :
wahai rasulullah.., kau berbicara pada bangkai, dan bagaimana mereka mendengar ucapanmu?”, Rasul saw menjawab : “Demi (Allah) Yang diriku dalam genggamannya, engkau tak lebih mendengar dari mereka (engkau dan mereka sama sama mendengarku), akan tetapi mereka tak mampu menjawab.
(shahih Muslim hadits no.6498).

2. Sekalipun hadits ini ( Abu Umamah ) pada kedudukan dha'if, namun ia boleh digunakan dalam urusan فضائل الأعمال Fadhail al-A'mal (kelebihan amalan).

3. Di antara usul mazhab Ahmad Bin Hanbal ialah mengambil riwayat mursal dan dha'if serta mengutamakannya daripada qias manusia.

Ibn Hajar al-'Asqalani berkata: إسناده صالح "isnadznya (sandzarannya) soleh (baik) dan ia dikuatkan oleh al-Dhiya' dalam (kitab) Ahkamnya
(Al-'Asqalani, Ibn Hajar. Talkhis al-Habir.Madinah Munawwarah ctk. 1964M.)

Kenyataan Madzhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin

Berkata As-Syaikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau.
(Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan)

: “وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.

Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah karena Allah ta’ala menghidupkannya dalam kuburnya”.

Madzhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin

Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul.
(At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 )

باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده

Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Madzhab Imam Syafi’i mengharuskan mengalakkan Amalan Talqin bagi simayit.

1- Imam An-Nawawi As-Syafi’i menyatakan dalam kitab beliau berjudul.
(Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304)

قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”

Telah menyatakan oleh banyak para ulama dari madzhab Syafi’i bahwa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.

Kenyataan madzhab Syafi’i dari kitab yang sama :

“وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”

Imam Nawawi menyatakan.
Telah ditanya kepada As-Syaikh Abu Amru Bin As-Sholeh mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’i) dan kami beramal dengannya”.

2- Imam Abu Qosim Ar-Rofi’i As-Syafi’i menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi syarah Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita
(Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 )

“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله …” إلى اخره .

Digalakkan dan disunahkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).

Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin

Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :

“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”

Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama.

pendapat-pendapat Ulama lainnya ....:

Al-Hafidz Ibnu Shalah
Sebagaimana dinukil Imam An Nawawi:

Telah kami riwayatkan mengenai hal itu (talqin mayat setelah dikubur) hadits Abu Umamah, yang tidak tegak sanadnya (dhoif). Akan tetapi ia dikuatkan dengan syawahid dan amalan penduduk Syam sejak dahulu.
(kitab Al Adzkar, H.279).

Imam An-Nawawi:
Dan hadits tentangnya (talqin setelah dikubur) dhaif, akan tetapi hadits-hadits fadhail ditoleransi oleh para ahli ilmu dari muhaditsin dan lainnya. Dan hadits ini dikuatkan dengan syawahid dari hadits-hadits yang shahih semisal,”berdoalah kelain kepada Allah untuk keteguhannya,’ dan washiyat Amru bin Ash, “Berdirilah kalian di atas kuburku selama waktu menyembelih kambing dan membagi-bagikan dagingnya, hingga aku merasa tenang dengan keberadaan kalian, dan aku mengetahui, apa yang bisa membuat utusan Allah (Munkar-Nakir) pergi.’ Yang diriwayatkan Muslim dalam shahihnya. Dan ahlu Syam sudah mengamalkan talqin ini sejak masa awal.”
(kitab Ar Raudha At Thalibin, J.2/H.139)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

“Hadits ini, walau tidak tsabit (dhaif), akan tetapi terus berkesinambungan pengamalan dengannya di seluruh penjuru dan masa tanpa ada pengingkaran, cukup untuk dijadikan dasar amalan.
(kitab Ar Ruh, H.14)

Hal yang sama disebutkan Hafidz Imam Jalaluddin As Suyuthi,

”Sebagian dari mereka (huffadz) mengatakan, ‘Hadits dihukumi shahih, jika manusia menerimanya, walau isnadnya tidak shahih.
(kitab At-Tadrib Ar Rawi, H.24).

Sumber rujukan:
Al-Adzkar min Kalam Sayid Al-Abrar.
(Dar Al Minhaj, Jeddah, cet I, 2005)

Raudhah At-Thalibin.
(Al Maktab Al Islami, 1991)

Tuhfah Ar Mardhiya fi Hilli Ba’dhi Al Musyqilat Al-Haditsiyah, yang disertakan dalam lembaran terakhir kitab Al-Ajwibah Al-Fadhilah li Al As’ilah AL-Ashrah Al Kamilah, Imam Al-Laknawi.
(Dar As Salam, Kairo, cet. III, 1994)

semoga sedikit ini bisa menjelaskan kedudukan sebenarnya terkait masalah Talqin mayit selepas di kubur/dikebumikan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar